MAJALAH KELUARAN TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI
Bilangan 001 - Edisi 01 / Nov 07

Tuesday, August 19, 2008

LAWATAN SAMBIL BELAJAR BAGI BELIA BELIA MASJID KG MENANGAH DAN BUKIT SULANG DAERAH TUTONG

Pada 11 September 2007 yang lalu seramai 50 orang rombongan yang terdiri daripada belia-belia Masjid Kg Menangah dan Bukit Sulang Daerah Tutong membuat lawatan sambil belajar ke Pengkalan Tentera Laut Diraja Brunei. Tujuan rombongan membuat lawatan tersebut adalah untuk mengetahui serba sedikit tentang tugas dan tanggungjawab serta peranan TLDB seterusnya diberi peluang untuk menaiki dan mengetahui peralatan-peralatan yang terdapat di Kapal Perang TLDB.

Lawatan yang serba ringkas dan padat tersebut dimulakan dengan mendengar taklimat dari salah seorang pegawai tentang TLDB bertempat di Mes PW, SSjn dan Sjn TLDB. Disepanjang lawatan tersebut mereka dibawa melawat ke Muzium, Bahagian Perbekalan dan Kejuruteraan, Kapal Kelas WASPADA dan seterusnya dibawa belayar menggunakan kapal pendarat KDB PUNI.

Aktibiti-aktibiti lawatan seumpama ini selalu dibuat setiap tahun dari berbagai kementerian, agensi-agensi bukan kerajaan dan sekolah-sekolah rendah, menengah hingga keperingkat universiti bagi mengenali lebih lanjut lagi tentang peranan dan tugas-tugas yang terdapat didalam organisasi Tentera Laut. Dengan adanya lawatan seperti ini ianya membuka minda serta minat kepada individu terutamanya anak-anak sekolah dan secara tidak langsung menarik minat pelawat untuk memasuki bidang pekerjaan yang ada dalam Tentera Laut.


Rombongan belia-belia Masjid Kg Menangah dan Bukit Sulang Daerah Tutong bergambar ramai

No comments: