MAJALAH KELUARAN TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI
Bilangan 001 - Edisi 01 / Nov 07

Thursday, August 21, 2008

KUMPULAN 'SMART CRAFT' MENJUARAI KONVENSYEN KKC 2007 PERINGKAT KEMENTERIAN PERTAHANAN

RIMBA, Isnin 2 Julai 2007 - 'SMART CRAFT' sebuah kumpulan daripada Jabatanarah Pentakbiran dan Tenaga Manusia, Bengkel Motosangkut, TLDB telah menjuarai Konvensyen Kumpulan Kerja Cemerlang – KKC peringkat Kementerian Pertahanan yang diadakan di Institut Perkhidmatan Awam (IPA) di Rimba.

Kumpulan 'SMART CRAFT' telah menjalankan projek mereka mulai 17 Mei 2006. Tajuk projek ini adalah ‘Penerimaan, Pemeliharaan, Pembaikan dan Penyerahan Enjin Motosangkut Di TLDB. Misi kumpulan ini adalah Meningkatkan kepimpinan dalam merealisasikan produktibiti dan efisinsi kakitangan kearah kesempurnaan kualiti yang ditetapkan. Dalam penyelesaian projek KKC ini, kumpulan 'SMART CRAFT' telah menggunakan kaedah putaran RLST (Rancang, Laksana, Semak dan Tindakan) kearah perlaksanaan perancangan yang lebih bersistem dan teratur bagi menangani masalah projek-projek yang dipilih dan dihadapi.

Ahli kumpulan ini terdiri daripada kakitangan awam iaitu Awg. Simbaran bin Hj Anggas, Awg Hj Amidon bin Hj Ibrahim, Awg Anuar bin Hj Tahir, Awg Ezzeddin bin Hj Abd Rahman dan diketuai oleh Tengku Zainal bin Tengku Hj Hassan

Matlamat utama Konvensyen ini adalah untuk mencari pemenang KKC bagi mewakili kementerian ke peringkat kebangsaan untuk pertandingan akhir yang akan diadakan pada 14 Ogos untuk memperingati Hari Perkhidmatan Awam yang Ke 14.

Tetamu kehormat pada konvensyen itu ialah Dato Paduka Haji Mustappa bin Haji Sirat, Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan dan kemudian menyampaikan hadiah dan sijil kepada pemenang dan peserta kumpulan.

Majlis itu dimulakan dengan bacaan Doa Selamat yang dibacakan oleh pagawai agama Kementerian Pertahanan dan diikuti dengan pembukaan rasmi oleh Pengarah Pentadbiran dan Tenaga Manusia dan beliau juga salah seorang pengerusi Konvensyen KKC peringkat kementerian 2007.Juga hadir dikonvensyen itu ialah Timbalan Setiausaha Tetap Pertahanan, Pengarah Awam, Pegawai-Pegawai Kanan dan Kakitangan daripada Kementerian Pertahanan dan para jemputan.


Ahli kumpulan 'SMART CRAFT'

No comments: