MAJALAH KELUARAN TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI
Bilangan 001 - Edisi 01 / Nov 07

Tuesday, August 19, 2008

LAWATAN KERJA DARI BPKT TUDB KE BAHAGIAN KEJURUTERAAN TLDB

Rabu 23 Mei 2007, serombongan pelawat seramai 20 orang yang terdiri dari kakitangan Bahagian Perkhidmatan Kelengkapan Teknikal (BPKT) Rejimen Udara TUDB, mengadakan lawatan sambil membuat tinjauan ke Bahagian Kejuruteraan Pengkalan Tentera Laut Diraja Brunei. Ketibaan mereka disambut dan di alu-alukan oleh Pegawai Jurutera Kanan Mej(L) Hj Mohamad Sarif Pudin bin Matserudin.

Sejurus ketibaan Kakitangan tersebut, mereka di beri taklimat oleh Pengurus Kakitangan BPKT Muara Dyg Hjh Adinah Bte Hj Md Yussof dan Ketua Jurutera Awg Hj Hamidon Bin Hj Abd Hamid. Selepas itu rombongan tersebut di bawa melawat ke Bengkel-bengkel, limbungan kapal dan pejabat yang menguruskan operasi kejuruteraan di pangkalan Muara ini.

Bahagian Kejuruteraan TLDB secara umumnya bertanggungjawab bagi membaik pulih dan pemeliharaan kesemua kapal–kapal yang ada di TLDB ini.

Selepas jamuan, wakil BPKT Kejuruteraan Rejimen Udara, berkenan menyampaikan cenderhati kepada wakil bahagian kejuruteraan TLDB Awg Hj Hamidon bin Hj Abd Hamid.


Bergambar Ramai Selepas Lawatan ke Bahagian Kejuruteraan TLDB

No comments: