MAJALAH KELUARAN TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI
Bilangan 001 - Edisi 01 / Nov 07

Thursday, August 21, 2008

LAWATAN KAPAL HMS MONMOUTH

29 Mei 2007, sebuah kapal perang Tentera Laut Diraja British telah datang ke Negara Brunei Darussalam dalam rangka lawatan tidak resmi tiga hari dan merapat di Pelabuhan Komersial Muara. Kapal tersebut adalah HMS Monmouth sebuah kapal Frigate Type 23 buatan British. Lawatan tersebut diketuai oleh Commander Tim J Peacock. Semasa ketibaan tersebut kapal disambut oleh ahli-ahli Tentera Laut yang diketuai oleh Mejar (L) Norshahrinizam bin Hj Talib, Timbalan Pegawai Turus Perisikan TLDB.

Ketua rombongan kapal tersebut Commander Tim J Peacock juga membuat Courtesy Call kepada Pemerintah TLDB, Yang Mulia Kol (L) Dato Paduka Hj Joharie Bin Hj Matussin bertempat di Bilik Pahlawan Markas Tentera Laut Diraja Brunei. Adat seperti ini adalah sudah menjadi tradisi bagi semua kapal Tentera Laut yang datang ke Negara ini sama ada secara resmi atau pun tidak untuk bersua muka dan bertukar pandangan diantara kedua-dua angkatan tentera.

Disepanjang lawatan HMS Monmouth, anak-anak buah kapal tersebut banyak membuat aktibiti-aktibiti tersendiri dan sukan interaksi serta membuat latihan bersama (Harbour Training) dengan anggota-anggota Armada dalam latihan melawan kebakaran dan belajar tentang sistem serta tatacara pengendalian kelengkapan kapal.

Semasa kapal tersebut berada di Pelabuhan Muara anak buah kapal tersebut juga mengungkayahkan Coktail Party yang mana dihadiri oleh Pemerintah TLDB dan pegawai-pegawai kanan ABDB. Selepas acara tersebut para jemputan dipersembahkan dengan pertunjukkan mengambil ‘Colours’ iaitu upacara menaikkan bendera diatas kapal diikuti dengan persembahan band dari Gurkha Reserve Unit , Seria.


Persembahan Pancaragam dari Gurkha Reserve Unit

Coktail Party dianjurkan oleh anggota kapal HMS MONMOUTH


HMS Monmouth merapat di Pelabuhan Komersial Muara

No comments: