MAJALAH KELUARAN TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI
Bilangan 001 - Edisi 01 / Nov 07

Thursday, August 21, 2008

MAJLIS PENGHARGAAN & PENGIKTIRAFAN BAGI ORGANISASI LOGISTIK & KEJURUTERAAN ABDB 2006

Tanggal 02hb Februari 2007 yang lalu telah berlangsungnya sebuah Majlis Penghargaan dan Pengiktirafan bagi Organisasi Logistik dan Kejuruteraan ABDB 2006. Ini adalah yang pertama kali diadakan secara serumpun iaitu daripada Jabatan Perkhidmatan Bantu TLDB, Kejuruteraan TUDB, Kejuruteraan Darat PB ABDB dan Depoh Logistik PB ABDB yang dianjurkan oleh Jabatan Pemeliharaan, Jabatan Logistik, Kementerian Pertahanan.

Majlis Penghargaan dan Pengiktirafan pada malam itu diadakan di Dewan Plenary, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas dan kehadiran tetamu kehormat ialah Yang Mulia Kolonel Pg Hj Azmansham bin Pg Hj Mohammad, Komandan Perkhidmatan Bantu ABDB.

Matlamat utama majlis itu diadakan untuk memberi motivasi kepada ahli-ahli di dalam organisasi, bagi meningkatkan lagi produktiviti, selaras dengan Program Perkembangan Kejuruteraan ABDB. Ianya juga berfungsi sebagai perkumpulan agung bagi organisasi yang dimaksudkan, agar ahli-ahli di dalam organisasi tersebut mendapat peluang untuk bersuai-kenal antara satu sama lain, dan bertukar-tukar pendapat serta buah fikiran dalam melancarkan urusan-urusan seharian.

Seramai 96 anggota dan kakitangan telah menerima anugerah penghargaan dan peniktirafan daripada Jabatan Pemeliharaan, Jabatan Logistik, Kementerian Pertahanan. Penerimanya ialah 12 anggota dan kakitangan daripada Jabatan Perkhidmatan Bantu TLDB, 28 anggota dan kakitangan daripada Kejuruteraan TUDB, 27 anggota dan kakitangan daripada Kejuruteraan Darat PB ABDB, 20 anggota dan kakitangan daripada Depoh Logistik PB ABDB dan 9 anggota dan kakitangan daripada peserta “Work Improvement Teams Competitions ABDB 2006”


Kehadiran tetamu kehormat

Salah seorang penerima anugerah pada malam itu.
Para hadirin pada malam Majlis Penghargaan dan Pengiktirafan.

No comments: