MAJALAH KELUARAN TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI
Bilangan 001 - Edisi 01 / Nov 07

Thursday, August 21, 2008

PEMERINTAH TLDB DIKURNIAKAN BINTANG KEBESARAN (D.P.M.B)

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 15 Julai 2006.— Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan mengurniakan Bintang Darjah Paduka Mahkota Brunei Yang Amat Mulia Darjah Kedua (D.P.M.B) yang membawa gelaran Dato Paduka kepada Kolonel (Laut) Haji Joharie bin Haji Metussin Pemerintah Tentera Laut Diraja Brunei sempena ulang tahun Hari Keputeraan baginda ke-60 yang berlangsung di Balai Singgahsana Indera Buana, Istana Nurul Iman di sini.

Didalam kesempatan ini ahli-ahli warga Tentera Laut dangan tulus ikhlas ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Mulia Kol (L) Dato Paduka Hj Joharie bin Hj Matussin serta keluarga diatas pengurnian Bintang Kebesaran tersebut dan semoga ianya juga akan menjadi pemangkin keatas tugas yang telah diamanahkan kepada Dato selaku Pemerintah TLDB.


Kebawah Duli Yang Maha Mulia telah berkenan mengurniakan Bintang Darjah Paduka Mahkota Brunei Yang Amat Mulia Darjah Kedua (D.P.M.B) kepada Pemerintah TLDB

No comments: