MAJALAH KELUARAN TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI
Bilangan 001 - Edisi 01 / Nov 07

Tuesday, August 19, 2008

LAWATAN KERJAYA TENTERA BAGI PENGETUA-PENGETUA DAN GURU-GURU KERJAYA MAKTAB / SEKOLAH MENENGAH

Pada hari Khamis, 8 March 2007, rombongan Pengetua-pengetua dan Guru-guru Kerjaya Maktab/ Sekolah Menengah dari Kementerian Pelajaran telah mengadakan satu lawatan kerjaya tentera ke Pengkalan Tentera Laut Diraja Brunei. Ketibaan mereka disambut oleh wakil TLDB di Mes PW, SSjn & Sjn seterusnya diberi taklimat ringkas mengenai peranan TLDB. Lawatan ini diteruskan dengan melawat Muzium TLDB, hanger Bot Serang Laju, Bengkel Kejuruteraan, Logistik, Pasukan Penyelam dan Kapal Pendarat.

Lawatan ini bertujuan untuk mengenali lebih dekat lagi tugas tugas dan peranan Jabatan di TLDB. Rombongan ini diperkenalkan kebeberapa buah bengkel bengkel kejuruteraan dimana mereka telah diberikan penerangan berkenaan dengan objektif dan peranan Jabatan Perkhidmatan Bantu serta fungsi bengkel-bengkel Bahagian Kejuruteraan oleh Pegawai-pegawai Teknikal iaitu Kpt (L) Shahairil dan Kpt (L) Nazrin.

Bergambar ramai bersama pelatih-pelatih pemadam kebakaran di Simulator FFDC TLDB

Anggota pasukan penyelam memberi penerangan tentang alat penyelaman

No comments: