MAJALAH KELUARAN TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI
Bilangan 001 - Edisi 01 / Nov 07

Thursday, August 21, 2008

MAJLIS PENGANUGERAHAN LENCANA PEMERINTAH KAPAL, SAUH EMAS DAN BINTANG HARAPAN

Kpt (L) Rosaini bin Umar telah dianugerahkan Lencana Pemerintah Kapal (Command Badge) oleh Tetamu Kehormat Yang Mulia Kolonel (L) Dato Paduka Hj Joharie bin Hj Matussin Pemerintah TLDB semasa sambutan Hari Ulang Tahun TLDB ke - 42 tahun pada 14 Jun 2007.

Seramai dua anggota TLDB telah menerima anugerah Sauh Emas dan Bintang Harapan bagi tahun 2006, yangmana telah dilaksanakan semasa perbarisan Pemerintah Armada iaitu pada hari Juma’at 30 Mac 2007 bertempat Padang Kawad TLDB.

Penerima anugerah Sauh Emas telah di terima oleh 11466 Sjn (L) Haji Sufri Perizan bin Haji Metussin yangmana beliau telah berkhidmat TLDB lebih kurang 13 tahun menjawat sebagai penyelia selam TLDB. Manakala penerima anugerah Bintang Harapan telah diterima oleh 12578 Kpl (L) Mohd Ali Nordin bin Haji Abdul Razak, beliau berkhidmat selama 10 tahun didalam TLDB kini bertugas sebagai penyelam kelas 2. Kedua-dua penerima anugerah tersebut telah disampaikan oleh YM Pemangku Pemerintah Armada TLDB Lt Kol (L) Abd Rahman bin BMPD Haji Bakar.


Perlaksanaan penyampaian Lencana Pemerintah Kapal oleh YM Pemerintah TLDB

Pmk Pem Arda menyampaikan anugerah Sauh Emas kepada 11466 Sjn (L) Haji Sufri Perizan bin Haji Metussin

No comments: